Thursday 18 July 2013

Tempahan cenderahati alat tulis daripada SERI NURUL HIDAYAH

Assalamualaikum...

Baru-baru ini, kedai kami mendapat tempahan untuk menyediakan 113 buah cenderahati berupa peralatan tulis daripada Sekolah Rendah Islam (SERI) Nurul Hidayah, Kg Sri Aman, Puchong. Hadiah tersebut akan diberikan kepada pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ini merupakan satu inisiatif Bahagian Pengurusan dan PIBG sekolah tersebut dalam menaikkan semangat pelajar supaya beusaha gigih untuk menghadapi peperiksaan yang akan dijalankan pada bulan September nanti...

Semoga adik-adik gembira dengan hadiah tersebut...dan semoga berjaya dalam peperiksaan UPSR...

Terima pihak sekolah kerana berurusan dengan Halaman Hijau Souvenirs.


sebelum dibungkus dengan


setelah dibalut



Inilah hasilnya... Ada ucapan Semoga Berjaya di dalam Peperiksaan dalam tulisan rumi dan jawi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.



Friday 12 July 2013

Promosi Telekung LYCRA

Assalamualaikum...

Pengumuman.. pengumuman...

Kami mengadakan PROMOSI HEBAT untuk Telekung LYCRA,

Hanya RM 125 sahaja termasuk bayaran POS.

Cepat dapatkan sekarang!!!!

Tuesday 2 July 2013

Campuran buah-buahan kering dalam bekas comel

Assalamualaikum...

Ramadhan tiba lagi...  Pastinya ada yang sedang mencari kurma dan buah-buahan kering lain dari timur tengah. Disini kami ada menjual campuran buah-buahan kering dari timur tengah seperti kurma mariami, kismis jumbo, kiwi, aprikot dan cranberry. Kesemuanya diletakkan didalam bekas kedap udara yang COMEL!!!

Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada kawan-kawan, kakitangan syarikat, guru-guru atau yang tersayang.

Terdapat dalam dua bentuk bekas iaitu empat segi dan bulat. Bekas empat segi mengandungi kurma mariami gred AA (120gm), Kismis Jumbo Mixed (100gm), Kiwi (80gm), Cranberry (60gm) dan Aprikot (100gm).
Harga sebekas RM30.00.





Manakala bekas bulat pula mengandungi kurma mariami gred AA (60gm), Kismis Jumbo Mixed (50gm), Kiwi (45gm), Cranberry (30gm) dan Aprikot (45gm).
Harga sebekas RM16.00.






Tempahan dibuka kepada yang berminat. Boleh order sekarang dengan isi form di sebelah. Anda akan dihubungi segera. Anda boleh bagi pada bulan ramadhan nanti.......