Tuesday 25 June 2013

Telekung LYCRA

Salam Nisfu Syaaban...

Bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia, Halaman Hijau Enterprise kini menjual Telekung Lycra Ekslusif. Anda pastinya ingin menunaikan solat dalam keadaan yang selesa dan khusyuk. Penggunaan Telekung Lycra ini insyaAllah menjadikan solat anda lebih selesa, khusyuk dan menarik.

Antara kelebihan Telekung Lycra ini:

- Kainnya mampu menutupi seluruh anggota badan kerana kain yang digunakan adalah sebanyak 4meter! 

- Kainnya yang terletak dan jatuh amat selesa dipakai ketika solat. Tidak mudah terbang dan tidak mudah     tercabut bila ditarik anak kecil.

- Kain adalah daripada kualiti lycra yang terbaik.

- Tidak nipis kecuali warna putih masih nampak bayang warna kulit.

- Kain jatuh (kerana agak berat)

- Jahitan kemas pada muka. Jadi anda tidak perlu risau rambut terkeluar semasa solat dan tidak perlu 
memakai scarf

- Freesize malah sesuai juga untuk mereka yang bersaiz besar

- Pinggang getah.

Terdapat 8 pilihan warna yang menarik iaitu putih, hitam, dark grey, light grey, peach, maroon, coklat dan ungu. Boleh lihat gambar dibawah:

K60 - Peach

K61 - Brown

K62 - White

K63 - Black

K64 - Dark Grey

K65 - Purple

K66 - Maroon

K67 - Light Grey


Telekung ini sesuai dijadikan sebagai kegunaan sendiri, hadiah untuk isteri, ibu, anak dan kawan perempuan, hantaran perkahwinan atau pertunangan dan lain-lain. Sedeqah telekung lagi besar ganjarannya...

Anda berminat? Boleh isi borang tempahan di sebelah. Emel anda akan dibalas dengan segera. InsyaAllah.
Harga hanya RM150 sahaja. 

Penghantaran terus ke tempat anda. Cas penghantaran RM7 sahaja.

Cepat dapatkan segera...


Monday 17 June 2013

Update terkini dari Halaman Hijau

Salam semua...

Halaman Hijau Enterprise baru dapat telefon baru. No telefon pejabat Halaman Hijau 03-8090 9573. Boleh call dari kul 9.00 pagi - 5.00 petang. Kalau nak hantar design untuk print banner, bunting, kad kahwin dan lain2 boleh hantar ke printssouvenirs@yahoo.com.

Air Zamzam 500ml

Assalamualaikum.. w.b.t

Halaman Hijau Enterprise baru sahaja melancarkan jualan air zamzam 500ml yang berharga RM10 sahaja.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya ai zam zam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan"

Dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW bersabda: " Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).




Adab minum air zam-zam:
1. Menghadap arah kiblat
2. Menyebut nama Allah sebelum minum
3. Bernafas diluar gelas sebanyak tiga kali
4. Minum air zam-zam sehingga kenyang
5. Mengucapkan Alhamdulillah

Disertakan adab minum dilabel botol air zam-zam. Banyakkan berdoa yang baik kepada Allah agar Allah menyembuhkan penyakit yang ada dengan perantaraan air zam-zam ini.

Ayuh dapatkan segera sementara stok masih ada.

Friday 7 June 2013

Kehadiran Pengurus Halaman Hijau yang baru ... :)

Alhamdulillah, pada 3 Jun 2013 yang lalu, Halaman Hijau telah menerima seorang pengurus baru kedai yang akan menguruskan kedai secara sepenuh masa. Hehe.. sayalah pengurusnya.. admin blog ini. InsyaAllah selepas ini kedai Halaman Hijau akan kembali menghijau semula. Kepada semua pelanggan bolehlah menghubungi terus pengurus baru tersebut di talian 013-4664695. Kedai akan dibuka dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Sila telefon dahulu sebelum datang ke kedai. Takut2 pengurus pergi keluar untuk urusan. Nanti dpt tgk kedai je.. tak dapat nak jumpa pengurusnya... hehe