Monday 5 August 2013

Doorgift Majlis Perkahwinan ROS dan BAKRI

Assalamualaikum...

Ramadhan berlalu.. syawal pula menjelma. Ramai yang mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah dan cuti hari raya untuk mengadakan majlis perkahwinan.  Pastinya ada sesuatu yang ingin diberikan khusu buat para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anda...

Halaman Hijau Souvenir turut menerima beberapa tempahan untuk menyediakan doorgift kahwin. Antara yang mendapatkan perkhidmatan kami dalam menyediakan doorgift tersebut adalah daripada kakak ipar kepada ROS dan BAKRI. Baiknya kakak ipar sponsor doorgift untuk kenduri. Hehe...

Ini adalah antara tempahan yang paling murah kami berikan. MURAH dan COMEL. Tak tau kenapa suka betul perkataan comel tu..hehe... MARSHMALLOW ASAFA untuk para tetamu...





Ada lagi satu tempahan untuk kenduri HASLINA dan HAMIZAN pula pada 1 Sept 2013. Akan diupload juga gambar doorgift nanti...

Thursday 18 July 2013

Tempahan cenderahati alat tulis daripada SERI NURUL HIDAYAH

Assalamualaikum...

Baru-baru ini, kedai kami mendapat tempahan untuk menyediakan 113 buah cenderahati berupa peralatan tulis daripada Sekolah Rendah Islam (SERI) Nurul Hidayah, Kg Sri Aman, Puchong. Hadiah tersebut akan diberikan kepada pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ini merupakan satu inisiatif Bahagian Pengurusan dan PIBG sekolah tersebut dalam menaikkan semangat pelajar supaya beusaha gigih untuk menghadapi peperiksaan yang akan dijalankan pada bulan September nanti...

Semoga adik-adik gembira dengan hadiah tersebut...dan semoga berjaya dalam peperiksaan UPSR...

Terima pihak sekolah kerana berurusan dengan Halaman Hijau Souvenirs.


sebelum dibungkus dengan


setelah dibalut



Inilah hasilnya... Ada ucapan Semoga Berjaya di dalam Peperiksaan dalam tulisan rumi dan jawi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.



Friday 12 July 2013

Promosi Telekung LYCRA

Assalamualaikum...

Pengumuman.. pengumuman...

Kami mengadakan PROMOSI HEBAT untuk Telekung LYCRA,

Hanya RM 125 sahaja termasuk bayaran POS.

Cepat dapatkan sekarang!!!!

Tuesday 2 July 2013

Campuran buah-buahan kering dalam bekas comel

Assalamualaikum...

Ramadhan tiba lagi...  Pastinya ada yang sedang mencari kurma dan buah-buahan kering lain dari timur tengah. Disini kami ada menjual campuran buah-buahan kering dari timur tengah seperti kurma mariami, kismis jumbo, kiwi, aprikot dan cranberry. Kesemuanya diletakkan didalam bekas kedap udara yang COMEL!!!

Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada kawan-kawan, kakitangan syarikat, guru-guru atau yang tersayang.

Terdapat dalam dua bentuk bekas iaitu empat segi dan bulat. Bekas empat segi mengandungi kurma mariami gred AA (120gm), Kismis Jumbo Mixed (100gm), Kiwi (80gm), Cranberry (60gm) dan Aprikot (100gm).
Harga sebekas RM30.00.





Manakala bekas bulat pula mengandungi kurma mariami gred AA (60gm), Kismis Jumbo Mixed (50gm), Kiwi (45gm), Cranberry (30gm) dan Aprikot (45gm).
Harga sebekas RM16.00.






Tempahan dibuka kepada yang berminat. Boleh order sekarang dengan isi form di sebelah. Anda akan dihubungi segera. Anda boleh bagi pada bulan ramadhan nanti.......

Tuesday 25 June 2013

Telekung LYCRA

Salam Nisfu Syaaban...

Bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia, Halaman Hijau Enterprise kini menjual Telekung Lycra Ekslusif. Anda pastinya ingin menunaikan solat dalam keadaan yang selesa dan khusyuk. Penggunaan Telekung Lycra ini insyaAllah menjadikan solat anda lebih selesa, khusyuk dan menarik.

Antara kelebihan Telekung Lycra ini:

- Kainnya mampu menutupi seluruh anggota badan kerana kain yang digunakan adalah sebanyak 4meter! 

- Kainnya yang terletak dan jatuh amat selesa dipakai ketika solat. Tidak mudah terbang dan tidak mudah     tercabut bila ditarik anak kecil.

- Kain adalah daripada kualiti lycra yang terbaik.

- Tidak nipis kecuali warna putih masih nampak bayang warna kulit.

- Kain jatuh (kerana agak berat)

- Jahitan kemas pada muka. Jadi anda tidak perlu risau rambut terkeluar semasa solat dan tidak perlu 
memakai scarf

- Freesize malah sesuai juga untuk mereka yang bersaiz besar

- Pinggang getah.

Terdapat 8 pilihan warna yang menarik iaitu putih, hitam, dark grey, light grey, peach, maroon, coklat dan ungu. Boleh lihat gambar dibawah:

K60 - Peach

K61 - Brown

K62 - White

K63 - Black

K64 - Dark Grey

K65 - Purple

K66 - Maroon

K67 - Light Grey


Telekung ini sesuai dijadikan sebagai kegunaan sendiri, hadiah untuk isteri, ibu, anak dan kawan perempuan, hantaran perkahwinan atau pertunangan dan lain-lain. Sedeqah telekung lagi besar ganjarannya...

Anda berminat? Boleh isi borang tempahan di sebelah. Emel anda akan dibalas dengan segera. InsyaAllah.
Harga hanya RM150 sahaja. 

Penghantaran terus ke tempat anda. Cas penghantaran RM7 sahaja.

Cepat dapatkan segera...


Monday 17 June 2013

Update terkini dari Halaman Hijau

Salam semua...

Halaman Hijau Enterprise baru dapat telefon baru. No telefon pejabat Halaman Hijau 03-8090 9573. Boleh call dari kul 9.00 pagi - 5.00 petang. Kalau nak hantar design untuk print banner, bunting, kad kahwin dan lain2 boleh hantar ke printssouvenirs@yahoo.com.

Air Zamzam 500ml

Assalamualaikum.. w.b.t

Halaman Hijau Enterprise baru sahaja melancarkan jualan air zamzam 500ml yang berharga RM10 sahaja.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya ai zam zam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan"

Dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW bersabda: " Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).




Adab minum air zam-zam:
1. Menghadap arah kiblat
2. Menyebut nama Allah sebelum minum
3. Bernafas diluar gelas sebanyak tiga kali
4. Minum air zam-zam sehingga kenyang
5. Mengucapkan Alhamdulillah

Disertakan adab minum dilabel botol air zam-zam. Banyakkan berdoa yang baik kepada Allah agar Allah menyembuhkan penyakit yang ada dengan perantaraan air zam-zam ini.

Ayuh dapatkan segera sementara stok masih ada.